Amalan berpagi-pagiaan


Assalamualaikum dan selamat pagi korang......hari ini aku nak share ngan korang antara amalan pagi yang korang boleh amalkan. Kadang2 mood and motivation kita bergantung apa yang kita amalkan di pagi hari kita dan mcm mana mood kita pagi tu. Kalau mood kita ok pagi tu akan ok la sepanjang hari tapi kalau pagi2 lagi mood kita dah ke laut so akan ke laut la sepanjang hari kita tapi depend kat korang la mcm mana handle mood korang yer

So antara amalan pagi setiap hari:

i) Bangun Awal Pagi

Kita kene bangun awal pagi dan setelah terbangun dari tidur ucaplah syukur kepada Allah kerana telah diberikan nikmat kehidupan sehari lagi kepada kita dan kalau boleh bacalah doa bangun pagi dan doa Rasulullah di pagi hari.







Bangun awal pagi ni banyak kelebihannya tau.......dan antara tips di murahkan rezeki adalah dengan bangun awal pagi 

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath - “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”



Ni lah antara kelebihan bangun pagi....... 

2. Bersegeralah menyucikan diri dan solat subuh

Lepas bangun dan berdoa segeralah menyucikan diri dan dirikan solat subuh.....lebih afdal bagi yang lelaki tu solat subuh berjemaah. Jangan la di lengah-legahkan solat subuh tu yer (ingatan pada diri aku juga)

Daripada Jundab bin Abdillah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah.” (riwayat Imam Muslim dalam kitab sahihnya). Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



 3. Amalkan membaca Al-Mathurat dan Al-Quran selepas subuh

 Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Banyak kelebihan baca Al-Mahurat ni. Disunatkan baca Al-Mathirat ni waktu pagi dan petang. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
 



Selain dari Al Mathurat, kita juga di galakkan baca Al-Quran at least sehelai sehari.....dan lebih afdal baca yang tafsir Al-Quran supaya kita lebih memahami apa yang kita baca. InshaAllah




 4. Amalkan solat sunat Dhuha 

Kalau boleh setiap pagi tu kita amalkanlah solat sunat dhuha....ni pun salah satu cara utk doa minta murah rezeki

 Daripada Ibn Umar r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Firman Allah dalam hadis kudsi maksudnya: “Hai anak adam, solatlah kerana-Ku dua rakaat Dhuha pada awal hari nescaya Aku jamin hingga akhir hari tersebut.” (diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al-Kabir)



Selain dari amalan-amalan di atas yang korang boleh amalkan di pagi hari korang juga di galakkan perbanyakkan b'zikir dan istighfar at least 1000x sehari. Korang berzikir dan istighfar la masa drive, bersenam, memasak, mengemas rumah dan selepas solat.....dapat la 1000x sehari. InshaAllah. Zikir ni amalan yang paling mudah dan banyak fadhilat dan pahalanya. 

So sampai di sini je la coretan aku Princess Emilia, aku harapkan entri aku akan memberi manfaat dan menjadi asbab untuk melakukan banyak kebaikan InshaAllah.....Alhamdulillah:)





Comments

  1. salah satu solat sunat yg tak pernah d'tinggal oleh nabi Muhammad adlh solat sunat dhuha :)

    ReplyDelete
  2. yap dear....sahabat Rasulullah cerita 'aku melihat Rasulullah mengerjakan solat sunat dhuha seperti tidak pernah baginda tinggalkannya'

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Split personality.....

Interview for Master of Forensic Accounting