Interview for Master of Forensic Accounting

Assalamualaikum semua....lama gak la blog aku ni bersarang sbb kesibukan aku last few weeks kan. Arini aku nak cerita pasal next plan aku lepas konvo aritu. Seperti yang aku katakan previous entry aku nak sambung belajar Master in Forensic Accounting kan. So lepas je aku grade aritu aku di beritahu oleh buddy aku yang application utk Master tu dah buka. Aku pun start la pg website UiTM dan print semua dokumen dan data yang perlu.

Lebih kurang  sebulan aku menanti jawapan akhirnya di suatu petang yang hening di hari Jumaat yang penuh barakah akhirnya aku menerima email seperti berikut:

                     Congratulation! You are selected to attend an interview session for March 2014 Intake.  Please print the interview letter via www.ipsis.uitm.edu.my 

 Lepas dapat tu aku terfikir lak apalah agaknya soalan yang dia nak tanya nanti?jgn tanya yang bukan - bukan dah la......pening aku nak jawab nanti. Aku pun prepare all dokumen yang perlu untuk interview tu.

23 Dec 2013 - Hari interview aku. berdebar gak la aku, almaklum la dah lama tak kene interview. Last pergi interview pun last 8 years masa nak cari kerja. Aku sampai UiTM lebih kurang dalam pukul 8.30 pg, interview aku start pukul 9.00 so sempat la aku nak pergi breakfast dulu. Perut dah bergendang-gendang ni. Sebelum ni aku ada tanya gak akak kat opis aku kalau interview kat Uitm ni diorang tanya apa dia kata soalan simple je, contohnya kenapa nak amik course tu. So kurang la gabra aku ni. hehehehehe.

Lepas jer breakfast lebih kurang dalam pukul 8.50 tu aku pun naik la tingkat 12, tempat interview tu. Sampai situ aku tengok dah ramai orang berkumpul yang lobby Fakulti tu.  Rupanya haritu sekali interview untuk student PHD gak. 

Mula2 tu diorang suh buat essei 250 patah perkataan dan di beri pilihan 4 soalan. Aku pilih soalan apakah my future career lepas abis ami Master ni dan bagaimana aku nak capai cita2 aku tu. agak susah gak la soalan tu kan tapi aku cabar je lah diri aku. Aku tengok soalan lain macam ssh je nak tulis sampai 250 patah perkataan dan di beri masa setengah jam. Start nak tulis tu agak berkarat gak la otak aku nak fikir....last2 aku bantai je la mana yang boleh hehehehhe. 

Selesai satu part menulis essei.....aku pun menanti nama ku di panggil untuk di interview. Aku ingat dapat la sama interview ngan buddy aku tu rupa2 nya tak. Di kene panggil pg bilik lain dan aku lak kat bilik lain. Aku tengok orang yang sebelum aku tu keluar tersenyum-senyum je so kurang lagi la debaran aku ni. Sampai nama aku dan berserta dengan 2 orang lain. Ni group interview dan bukan personal interview, almaklum la ramai student kan. Orang yang interview aku tu pun ada 3 orang. 



First2 sekali diorang minta kenalkan diri dan latar belakang kerja.....lepas tu dia tanya kenapa kita nak amik couse tu. Daripada jawapan kita tu dia akan tengok samada kita sesuai atau tak amik course tu. Selesai sudah sesi soal jawab aku. Lega lah aku rasa.....lepas sudah debaran interview aku. Habis tu aku balik opis.


3 Minggu lepas sesi interview aku tu.....seperti biasa di petang yang hening pada hari Jumaat yang barakah aku mendapat call dari buddy aku bgtau aku yang dia dapat messege dari Uitm mengatakan yang dia dapat sambung belajar......aku pun kesedihan sbb aku tak dapat messege tu. Then aku check website Ipsis Uitm untuk check status application aku tu......


Ni lah keputusannya.......:)

Alhamdulillah application aku untuk sambung belajar Master berjaya gak akhirnya......senyum sampai ke telinga aku masa tu.....Syukur Ya Allah ku panjatkan padaMU.

Sekian la rentetan cerita interview untuk Master in Forensic of Accounting aku.....see you olls in next entri.

Comments

  1. Assalam cik Emilia,

    First, Tahniah buat cik Emilia coz dpt sambung study..

    Saya berminat untuk sambung master dalam Master of Forensic Accounting tapi saya lemah sikit bab2 interview ini lagi2 if fully english

    So, nk confirmkan whether interview tersebut mmg strictly english or we can use both language ye.

    Mohon pencerahan, terima kasih

    ReplyDelete
  2. W'salam.....

    Interview ni mmg fully in english sbb dorang nak tgk kefasihan kita dalam english, dorang kater Master ni byk buat presentation. Awk just guna simple english je as long as dorang leh faham......Awk apply je, ade rezeki inshaAllah boleh.

    ReplyDelete
  3. hai emilia....

    so..u dah start kelas ke?...nk tanya..kalau dlu amik degree bukan akaun....ok x amik master dlm bidang nih???

    ReplyDelete
  4. Hai sis halimah....

    sabtu ni baru start kelas....

    kalau ade basic akaun ok la sbb akaun ni dia related from diploma till Master tapi kalau saudari suka challenge why not cuma kene berusaha keras sikit la.....

    ReplyDelete
  5. Salam Emy, sis plan untuk amik secara part time mind if u may share about the class...the challenges..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mind to share with me thru email ahanneem@yahoo.com

      Delete
    2. w'slm sis.....sorry lmbt reply. mostly in da course tu byk buat presentation & assignment. almost setiap minggu akan ada task, assignment & presentation. Byk kene buat research la & it such interesting course. The challlenges is how to manage u're time between work, family & class because the clase will be on weekend. depend on how many papers that u take. good luck sis :)

      Delete
  6. Salam sis..boleh sy tau brp fee utk master part time..?

    ReplyDelete
  7. salam sis, boleh x nk dapatkan email? sy dah register utk course ni.ingat nak tanya2 sikit :)

    ReplyDelete
  8. W'slm....sorry lmbt reply. email sy emilia.aida25@gmail.com. feel free to email

    ReplyDelete
  9. Salam sis,

    Satu semester tue 6 bulan ke? Yuran untuk 1 semester berapa ye?
    Dan setiap satu subjek berapa kosnya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Split personality.....

Amalan berpagi-pagiaan