Posts

Showing posts from November, 2013

Penaklukan Konstantinople

Image
Assalamualaikum semua......harini aku nak cerita yang agak berat sikit iaitu kisah penaklukan Konstantinople. Aku sangat tertarik dengan kisah ini sebab kisah Sultan ny,  bagaimana perwatakannya dan apa yang membuatkan dia berjaya menakluki kota Konstantinople ini.  Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople.     Seorang sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al-Ansari menemui kesyahidannya berhampiran tembok kota K

Kisah aku.....degree dan konvo

Image
Dah beberapa hari aku x update blog sbb sibuk ngan few things n kurang sihat bebrapa harini.....rindu lak rasanya. Kali ini aku nak share ngan korang pasal aku, degree n konvo aku sabtu yang lalu.... Aku amik degree ni part time dalam program PLK (Program Luar Kampus) kat UiTM.......aku amik selama 51/2 tahun, patutnya 41/2 tahun tp sbb byk main2 terlajak la pulak. Masa mula2 aku nak amik degree ni ramai org tak percaya yang aku tak boleh buat sebab keadaan kesihatan aku n sebab kerja aku yang agak sibuk ni tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan keinginan yang tinggi akhirnya aku graduate jugak.  Masa mula2 belajar tu aku ada 4 org buddy aku, Mazli, Ima & Fadzil......kitorang selalu belajar sama n grouping pun sama2 lagipun kami sekepala senang nak buat kerja. Ima ni classmate aku masa kat poli dulu, x sangka lak jumpa lagi kat uitm ni......masa kat poli dulu kami x rapat sangat sebab masing2 ade geng hehehehehe Mazli lak dia amik diploma kat KUIS dengan buddy