Maal Hijrah.....Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram
Hari ini hari terakhir tahun hijrah 1434.....Esk kita akan sambut tahun baru kalendar islam 1435 Hijrah.
Mengikut Kamus dewan Bahasa dan Pustaka (peergghh bukan main lagi aku hehehehehe) Hijrah bermaksud perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah. dan maksud hijrah yang ke dua pulak hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain contoh seperti berhijrah ke bandar utk mencari pekerjaan, menghijrahkan memindahkan (tentera dsb) ke tempat lain, perhijrahan perbuatan atau hal berhijrah, perpindahan, penghijrahan perbuatan atau hal menghijrahkan, pemindahan, penghijrah orang yg berhijrah. Apa pun maknan penghijrahan itu pada kita setiap dari kita pasti ada penghijrahan samaada dari segi keazaman, sifat atau tempat. Apa yang penting dan perlu kita lihat apa makna penghijrahan tu dalam hidup kita.....barulah bermakna penghijrahan kita kan.....
Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka
yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan
untuk dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini.
Korang boleh la buat amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan
Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah:
1. Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama
puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat
sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)
2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama
Muharam
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa
pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala
dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni
Abbas r.a.)
3. Membaca Doa Akhir Tahun
sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah
kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan
masa yang sebentar sahaja.”
4. Membaca Doa Awal Tahun
selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah
aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada
1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”
(Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
.
.
5. Qiamullail:
b) Membaca Al-Quran.
c) Berzikir.
.
.
6. Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram,
bacalah gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’
dan ‘Ayat Kursi’
sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan
keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.
Seperti biasalah setiap tahun baru kalendar islam atau kalendar biasa setiap orang mesti ada azam yang tertentu.....Pada aku azam aku tahun Hijrah ni nak menjadi hambanya yang lebih baik dan solehah inshaAllah......so azam korang apa pulak? apa pun azam korang semoga ia membantu korang menjadi lebih baik dari sebelum2 ni yer kwn2....
Hopefully entri kali ni memberi manfaat.....jgn lupa amalkan yer.
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino