Panas Baran........I need help!!!!

Petang semalam aku sempat juga melayar internet menonton cerekarama 'Baran' yang di lakonkan oleh Scha Al-Yahya dan Kamal Adli.....cerita ni berkisahkan tentang seorang isteri yang perfectionist, berpangkat besar dan seorang yang sangat panas baran di sebabkan kisah silamnya. Bila tengok cerita ni mengingatkan aku tentang sikap panas baran aku juga suatu ketika dulu dan kerana sikap panas baran aku itulah menyebabkan aku kehilangan orang yang aku sayang then aku realize no matter the reason is we are not mean together kan so redha je la.....

Aku buat some research pasal panas baran ni......actually panas baran yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia dan sikap panas baran wujud disebabkan kegagalan seseorang itu mengawal emosinya ketika emosinya itu terganggu. Biasanya wujud faktor-faktor yang menjadi pencetus atau dipanggil pemicu (trigger) kepada timbulnya perasaan marah ini. Faktor yang menjadi penyebab perasaan marah itu berbeza-beza bagi setiap orang dan ia bergantung kepada faktor sekeliling , pengalaman dan sejarah seseorang itu dibesarkan. Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran. Kiranya bahaya gak la kan sikap panas baran ni........
 

 Sikap banas baran ni kalau yang di tangani makin bahaya dan boleh sebabkan orang jauhkan diri, so aku ade gak buat research tip Untuk Menangani Sikap Panas Baran
  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi.
  • Kenali diri sendiri dan ketahui faktor-faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran itu.Cuba untuk berada dalam kawalan setiap kali faktor tersebut wujud.
  • Ingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku ke atas diri kita sendiri pula.
  • Sedar apa yang ada dalam kawalan kita dan apa pula yang tidak.Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan kita,maka marah tidak akan mengubah apa-apa.Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan rasa tertekan yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.
  • Jika sika panas baran itu sukar dikawal maka perlu temui kaunselor atau pakar psokiatri sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
  • sentiasa berfikiran positif dan katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah dan kebaikannya.Dengan cara ini kita telah berjaya alihkan fokus minda dari tertumpu kepada sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan baran.
  • Mereka yang panas baran perlu banyak riadah sebab badan yang cergasn membantu akal untuk mengawal emosi.
  • Jaga pemakanan,elakkan dari banyak memakan daging merah.Sebaliknnya lebihkan memakan sayur dan buah-buahan. 


Aku ade gak buat research cara mengatasi marah dalam Islam
  • Mengubah Posisi Rasulullah SAW bersabda :"Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah ia duduk.Kerana hal ini akan menghilangkan marahnya.Dan kalau tidak,maka hendaklah ia baring."(Riwayat Muslim)
  • Berwuduk Rasulullah SAW bersabda :"Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api,sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah,maka hendaklah ia berwuduk."(Hadis Rowayat Abi Daud).
  • Minum air
  • Mendiamkan diri ketika marah.
  • Berlindung dengan Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan marah dan masalah dalam keadaan masa dan tempat yang sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.Elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.





Selain dari cara kat atas ni dan doa yang aku bagi ni salah satu cara untuk tidak menaikkan baran anda adalah berdiam diri dan stay away dari perkara yang menyebabkan baran tu then fikir adakah wajar atau tak marah tu........

Sekarang ni baran aku dah tak teruk sangat macam dulu tapi still ada la & aku berterima kasih pasa seseorang yang banyak bantu aku untuk belajar menjadi seorang yang sabar dan bersabar dengan karenah aku ni.....thanks my lovely dear.

 So aku harap entri aku kali ni bermanfaat bagi mereka yang panas baran di luar sana.......actually this research it also for me.......



Comments

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Split personality.....

Interview for Master of Forensic Accounting

Amalan berpagi-pagiaan