Split personality.....


Assalamulaikum semua......harini aku nak citer pasal Split Persanality or bahasa melayunya kecelaruaan pesonaliti or bahasa saintifiknya "Dissociative identity disorder". Aku tertarik pasal split personality ni since aku tgk beberapa drama or telemovie pasal ni, antaranya cerita SAM (Saya Amat Mencintaimu) dan 'Inside'.  Split personality ni merupakan salah satu diagnosis psikiatri dan menerangkan keadaan dimana seseorang itu memaparkan identiti yang berbeza atau personaliti yang berbeza. Kecelaruan personaliti ini merupakan salah tu daripada penyakit psikologi. Kecelaruan personaliti dalam maksud mudah ialah apabila seseorang mempunyai dua atau lebih personaliti dalam masa yang berbeza. Kadangkala mereka akan muncul baik, dan tanpa sebarang amaran mereka akan berubah menjadi seorang yang negatif.



 Split personality ni terdapat pelbagai jenis....

ANTISOSIAL

  • Tak ikut norma sosial dan selalu melakukan perkara yang menyalahi undang2.
  •  Suka menipu,memutar belitkan fakta dan berbohong untuk kepentingan diri sendiri.
  • Melakukan hal2 yang tak dirancang sebelumnya.
  • Selalu marah,agresif dan bergaduh.
  • Tak pentingkan keselamatan orang lain.
  • Tak bertanggungjawab dan tak ada perasaan kesal.
 AVOIDANT (MENGELAK)
  • Suka elak buat keje yang diberi sebab takut kena kritik dan diketepikan.
  • Tak suka bergaul sebab takut dimalukan@diperkecilkan.
  •  Selalu rasa rendah diri.
  •  Selalu takut hadapi risiko buat aktiviti baru sebab takut gagal dan dipandang rendah.
  •  Susah nak buat keputusan dalam urusan harian.
  • Timbul rasa ketakutan yang tak munasabah apabila terpaksa berdikari.
 BORDERLINE
  • Selalu berusaha nak hilangkan perasaan diabaikan atau ditinggalkan.
  • Susah nak adakan hubungan sosial yang stabil.
  • Gangguan identiti.
  • Selalu meluahkan ancaman bunuh diri@cederakan diri sendiri.
  • Merasakan hdupnya kosong.
  • Susah kawal marah.
DIAGNOSA
  • Hanya dilakukan jika personaliti itu mengganggu fungsi sosial atau pekerjaan individu tersebut.
  • Setiap individu akan mempunyai suatu personaliti tertentu dan biasanya personaliti ini mempunyai campuran dengan pelbagai personaliti lain.
  • Misalnya,seorang itu boleh bersifat obsessif,sekaligus mereka juga suka mengelak daripada tugas@selalu bersikap syak wasangka.
HISTRIONIK
  • Selalu inginkan perhatian orang lain.
  • Emosi sering berubah2 dalam waktu yang pendek.
  • Menggunkan penampilan fizikal untuk menarik perhatian orang lain.
  • Suka memperbesarkan hal remeh. 
  • Mudah dipengaruhi oleh kata2@pendapat orang lain.
NASISISTIK
  •  Suka membanggakan diri semdiri.
  • Selalu berfikir tentang kejayaan,khayalan,kecantikan dan kekuasaan.
  • Percaya bahawa diri unik dan berada dalam golongan atasan.
  •  Amat suka mendapat pujian  berlebihan.
  • Suka mengambil kesempatan terhadap orang lain. 
  • Kurang memahami perasaan orang lain.
  • Cemburu@dengki dengan kejayaan orang lain.
  • Perasaan bongkak dan memandang rendah kepada orang lain.
 OBSESSIF-KOMPULSIF
  •  Inginkan kesempurnaan dalam semua urusan sehingga menyusahkan orang lain.
  • Jadi hamba abdi dalam tugasan
  • Sensitif dalam hal2 yang melibatkan moral dan nilai2 sosiobudaya.
  • Tak yakin dengan kemampuan orang lain.
  • Bersikap degil dan tak mahu dengar pendapat orang lain.
PARANOID
  • Selalu bersyak wasangka
  • Sensitif dengan kritikan dan bertindak agresif.
  • Selalu berfikiran buruk tentang orang lain.
  • Tak suka hubungan sosial yang rapat.
  • Suka kegiatan bersendirian.
PSIKOTERAPI
  • Memberi sokongan moral dan melahirkan kepercayaan antara kakitangan dengan pesakit.
  • Psikoterapi secara berkelompok digunakan bagi menimbulkan kesedaran individu tentang kesan tingkah lakunya pada orang lain dengan harapan pesakit akan menukar pola tingkah lakunya.
 SCHIZOTYPAL

  • Kepercayaan kepada hal2 yang karut,khayalan@kuasa2 ghaib yang menyimpang.
  • Pemikiran dan pendapat yang kurang jelas dan ganjil.
  • Seringkali bersikap syak wasangka.
  • Penampilan ganjil dan tak sesuai dengan keadaan.
  • Kurang bergaul.


 Aku ingatkan split personality ni satu jenis je tapi banyak gak yer jenis2 dia.  Biasanya yang aku tahu orang yang split personaliti ni kadang2 dia sendiri tak kenal diri dia sendiri dan takut pada diri sendiri. Dorang lebih suka bersendirian dan bercakap sorang2. Emosional dorang sukar di jangka.....kalau korang ada kawan atau pasangan yang ada split personaliti ni selalu la bagi semangat kat dia dan bersama dia saat dia perlukan korang yer......sbb ni more pada physiology dan emosi.  


 Ni video yang terangkan  pasal split personality.......maybe korang akan lebih paham. Ok la entri dari aku Princess Emilia. Arios

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Interview for Master of Forensic Accounting

Amalan berpagi-pagiaan