Dakwah........apakah cara terbaik??
Aku kembali mencoret tinta Teratak ku ini setelah beberapa hari menyepikan diri. Harini aku nak coret tentang dakwah, apakah cara terbaik untuk kita berdakwat & apakah sebenarnya niat kita untuk berdakwah.
Di zaman serba canggih ni....pelbagai cara kita boleh buat untuk menyebarkan dakwah. Ada yang melalui laman sosial seperti FB, Twitter & Instagram, ada juga melalui gambar2 & kartun2 yang mempunyai pesanan dakwah. Selain dari laman sosial, kita juga boleh sampaikan dakwah melalui usrah, program-program NGO atau program-program motivasi
Di zaman serba canggih ni....pelbagai cara kita boleh buat untuk menyebarkan dakwah. Ada yang melalui laman sosial seperti FB, Twitter & Instagram, ada juga melalui gambar2 & kartun2 yang mempunyai pesanan dakwah. Selain dari laman sosial, kita juga boleh sampaikan dakwah melalui usrah, program-program NGO atau program-program motivasi
salah satu kartun lukisan dakwah
Walau apa pun cara kita berdakwah hanya satu kita perlu
ingat.....Berdakwalah dengan penuh kasih sayang dan cinta kerana dakwah tu
tanda cinta kita pada saudara kita, agama kita dan yang paling utama adalah
tanda cinta kita pada Allah & RasulNYA. Jika kita lihat bagaimana cara
Rasulullah menyampaikan islam dan dakwahnya, seperti itulah seharusnya cara
kita. Dakwah tidak akan terhasil sekiranya kita menyampaikannya dengan rasa
benci dan paksaan kerana kita hanya mampu sampaikan rasa benci dan
ketidakrelaan pada org yang kita dakwah bukan membuka hati untuk mereka
berubah.
Apa yang penting melaui dakwah kita itu apakah niat dan
matlamat kita untuk sampaikan dakwah itu......?adakah untuk menunjukkan betapa
baiknya kita?atau menunjukkan betapa sempurnanya amalan kita?atau untuk
sampaikan cinta & kasih kita pada mereka untuk kita pimpim bersama menuju
Jannah Allah. Selain dari cara penyampaiaan & niat kita, lihat jugalah
apakah kita menggunakan ayat& kata-kata yang indah atau betul untuk
berdakwah. Janganlah kita menggunakan ayat yang kasar, memberi perumpamaan
seperti binatang untuk berdakwah tapi gunalah ayat yang lemah lembut &
penuh kasih sayang untuk menarik minat seseorang itu mendengar apa yang ingin
kita sampaikan.
Sekiranya pelbagai cara telah kita lakukan untuk menegur & menasihat seseorang itu untuk berhijrah tapi masih tidak berhasil bertanyalah pada diri kita 'mungkin aku tidak sampaikannya dengan kasih sayang atau mungkin niat aku sudah terpesong' dari kita terus menghukum seseorang itu kafir, ahli neraka atau sebagainya..........Selain dari sampaikan dengan kata-kata kita juga boleh berdakwah dengan menunjukkan akhlak dan budi pekerti yang baik seperti Rasulullah kerana salah satu sebab Rasulullah berjaya menyampaikan Islam adalah apabila org pada ketika itu jatuh cinta dengan akhlak Rasulullah yang berhikmah & lemah lembut. Janganlah kita lelah untuk sampaikan ilmu Allah, berdoalah agar Allah terus kekalkan hati kita untuk terus mencari redha Allah & berdoalah agar Allah memberi petunjuk dan hidayah pada mereka. Sesungguhnya hati-hati manusia itu adalah milik Allah, akan di beri hidayah pada mereka yang Allah kehendaki. Wallaua'lam
Rasulullah s. a. w.
bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."
"Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan"
"Hope and fear is like a pair of wings, you need both to fly" - Imam Maturidi
So hope korang enjoy watch this video.
Sekian coretan tinta dari aku Princess Emilia. Segala salah silap & teguran maaf ku pohon. Wassalam :)
Comments
Post a Comment