Oh Azam tahun baru........nak capai gak




Assalamualaikum u olls. Arini aku nak cerita psl azam tahun baru.....hopefully boleh jadi panduan untuk korang dan hopefully masih tak terlewat yer hehehehe. 

Aku ada terbaca 7 faktor yang boleh membantu korang untuk capai matlamat atau gol korang:

1) Ketahui sebab

Korang kenalah tau sebab matlamat korang dan berasa terlalu inginkan matlamat yang korang buat. Ini akan membantu korang untuk menghadapi halangan yang bakal tiba.

2) Perlu spesifik

 Jangan hanya kata ingin lebih bahagia, lebih kaya tapi buatkan dalam cara yang membolehkan korang mengesan kemajuan dan mengukur kejayaan matlamat korang. Contohnya: jika korang nak lebih sihat, tetapkan dalam seminggu berapa kali korang kene bersenam.

3) Jangan hanya fikir sahaja tapi tulis. 

 Orang yang menulis azamnya mempunyai 70% lebih tinggi peluang untuk mencapai azamnya berbanding orang yang tak menulisnya. Tulis matlamat dengan spesifik dan tuliskan bagaimana perasaan korang bila dah capai semua yang korang nak dan tampal di tempat yang senang korang lihat di sekitar pejabat/rumah

4) Reka persekitaran yang boleh membantu

Jangan pandang rendah faktor sekeliling korang sbb ia akan membantu atau merosakkan azam korang. Buat carta kemajuan, rekrut pasukan sokongan di kalangan keluarga dan rakan-rakan korang, cari seseorang untuk membantu korang bertanggungjawab untuk capai matlamat tu. Jika ada orang atau perkara-perkara yang boleh buatkan korang dow, tangani secara langsung dan elakkan mereka.

5) Kecilkan usaha anda. 
Jangan terlalu banyak azam/matlamat, ini akan membuatkan korang kelam-kabut dan akhirnya tak mencapai apa yang dihajati. Sebaliknya dapatkan 1 azam yang besar dan kecilkan kepada beberapa matlamat yang kecil.

6) Fokus kepada proses. 
Jangan patah semangat jika korang tak mencapai matlamat dengan cepat. Sebaliknya dapatkan kemajuan sedikit demi sedikit. 

7) Maafkan kegagalan anda.  
Halangan dan kegagalan tidak akan menentukan kejayaan korang di masa hadapan tapi BAGAIMANA KORANG BERTINDAK BALAS terhadap kegagalan akan menentukan kejayaan tu. Jika korang gagal, bertenang dan kembali kepada tingkah laku yang biasa diamalkan dengan baik, bukannya menyalahkan/menghukum diri sendiri.

 Daripada faktor ni la kita leh bina azam kita & pastikan kita mencapai matlamat yang kita nak capai......korang nak tau tak apa matlamat/goal aku tahun ni???? kene la tunggu next entry hehehehe (sabar yer)






 Selain tahu faktor, kita pun kene tahu langkah asas bagaimana meletak azam 
 
1. Jika Nak teruskan azam lama lebihkan usaha.

Mungkin korang tak nak set azam baru sbb nak capai azam lama. Mesti ada sebab kenapa korang masih tak berjaya merealisasikan azam tu pada tahun lepaskan, mungkin usaha kurang. Dari asyik berfikir cemana nak mencapai azam, kali ni desak diri untuk berusaha mencapainya dengan melatih diri untuk menjadi rajin. Orang yang asyik berfikir tapi kurang usaha tak dapat capai apa-apa. Orang yang rajin berusaha kemudian sentiasa berfikir cemana mahu membaguskan usahanya supaya semakin menjadi, itulah orang yang akan dapat mencapai azam yang dicita-citakannya.

2. Tulis, Lekat, Baca, Ingat. (T.L.B.I.)

Tulis azam korang kat atas kertas supaya minda korang boleh ‘menangkap’apa yang korang nak capai dan menerimanya sebagai satu arahan untuk direalisasikan. Lekat azam yang sudah ditulis tu di tempat yang  senang nak baca berpuluh kali dalam sehari, misalnya di dinding ataupun korang tulis di atas sekeping kad kecil, bawa ke mana-mana dan baca berpuluh kali dalam sehari, kalau boleh sampai beratus kali sehari. Bila korang buat camni boleh menjadikan minda korang fokus pada azam korang.

3. Tetapkan, Fokuskan, Jangan Tukar.

Tetapkan 3 azam dalam satu masa, jangan lebih supaya fokus korang tak bercelaru dan berubah-ubah. Tetapkan apa korang nak capai, jangan ubah selagi belum berjaya dicapai. Inilah langkah paling penting dalam meletak azam. Kunci pada pencapaian azam adalah usaha. Usaha, usaha, usaha!




 So camner??korang rasa bersemangat tak lepas baca entry ni......semoga korang dapat la mencapai azam korang di tahun 2014 ni yer.....:)







Comments

  1. Terima kasih perkongsian yang menarik

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah......terima kasih sudi membaca. semoga menjadi asbab yg baik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Split personality.....

Interview for Master of Forensic Accounting

Amalan berpagi-pagiaan