Kesetiaan

Dah lama aku tak mencoretkan kata2 di kanvas blog ni......

Harini aku nak cerita tentang erti sebuah kesetiaan & berapakah harga sebuah kesetiaan. Mungkin apa yang akan aku katakan nanti akan ramai yang tidak bersetuju tp ini hanya pada pandangan aku secara personally melalui pengalaman aku sendiri & cerita dari alam sekeliling.

Bila ditanya erti sebuah kesetiaan pada seseorang individu itu pasti akan jawab dari terlahirnya cinta pasti akan terbitnya sebuah kesetiaan kan? Tapi bagaimana pula jika di tanya berapakah harga sebuah kesetiaan?? Pasti ia sesuatu yang sukar utk kita jawab kan. Pada aku benar kesetiaan itu akan hadir apabila kita mula mencintai & menyayangi seseorang itu malah kesetiaan itu juga hadir pada saat kita bersedia utk mempunyai komitmen dalam sebuah perhubungan & harga sebuah kesetiaan itu terlalu besar nilainya. Oleh kerana itu setiala pada yang layak & hak.



Apakah maksudku setia pada yang layak & hak?? Iaitu pada insan yang benar mencintai & menyayangi kita, menerima kita seadanya dan yang paling penting adalah insan yang sudah bersedia utk membina sebuah komitmen utk membina sebuah kehidupan bersama kita bukan pada insan yang hanya mengatakan cinta tapi bila saat di tanya apakah komitmennya atau perancangannya utk hubungan tersebut dia hanya diam membisu. Atau apabila di ajak utk bertemu ibu bapa berkenalan dia tidak berani utk menghadapinya. Adakah insan seperti ini layak utk kita meletakkan sebuah kesetiaan??? Pada aku tidak layak.


Pada aku lafaz cinta & sayang terlalu mudah untuk di ungkapkan tapi tidak semudah kesetian yang harus di bayar didalam sebuah perhubungan. Ramai lelaki menyatakan sayang & cinta tapi beranikah dia utk berjumpa wali meminta izin berkawan/bercinta dgn seorang gadis?? Tidak ramai & tidak semudah yang di sangkakan. Maka pada lelaki di luar sana jika tidak berani berjumpa wali, jika tidak berani menyatakan komitmen perjalanan sebuah perhubungan jangan terlalu mengharapkan kesetiaan seorang wanita kerana pada saat dia menyatakan setia, jiwanya hanya untuk kau maka jangan lah disiakan rasa & jiwa seorang wanita. Pada wanita pulak setialah pada yang hak & berpada, jgn setia membuta tuli membiarkan diri di tipu di permainkan. Setiap perhubungan itu perlu ada julat waktunya & perancangan perjalanannya, jika itu tiada apabila sudah lebih 2 tahun perhubungan pada aku sia2 je. Apapun kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah itu jualah yang terbaik


Renungkanlah pada wanita & lelaki di luar sana. Hanya sebuah coretan aku dari insan yg serba kekurangan. Sekian coretan dari aku. Ariiiooss


Comments

Popular posts from this blog

Split personality.....

Interview for Master of Forensic Accounting

Amalan berpagi-pagiaan