Kenangan 2016

Assalamualaikum......apa khabar all readers?

Lama tak mencoretkan cerita di diari blog ni. Harini aku just nak share serba sedikit pengalaman 2016, saje nak mencoret memori silam since dah masuk ambang baru ni kan.

Banyak yang aku belajar dari tahun lepas pasal perhubungan, persahabatan, kerjaya dan macam2 lagi.

Awal tahun 2016 aku sibuk dengan kerja. Banyak yang aku belajar mengenai pengurusan syarikat, perniagaan, tugas dan macam2 lagi. Almaklum la masa ni hanya aku sorang sahaja di syarikat yang baru Ex aku start. Aku dah kenal dia selama 12 tahun, agak lama jugak la tapi sebenarnya belum cukup lama utk kami mengenali hati masing2. Dia semakin matang dari awal aku kenal dulu, masa yang mengubah segalanya. Siapa dia?? Aku just gelarnya Mr F. Berkerja dgn seseorang yang kita prnh sayangi bukan mudah yang di sangka, jangkaan & harapannya terlalu tinggi sehingga tak mampu aku lakukan. Di sebabkan itu aku membuat keputusan utk berhenti kerja pada bulan May 2016.

Aku pada awal bekerja di syarikat Mr F

Berbekalkan pengalaman dalam bidang perakaunan aku membuat jeputusan utk berkerja sendiri sebagai Freelance Account & sambil itu membuat biz online bersama dgn seorang kawan yang lama sudah aku kenali. Job aku yang pertama membuat akaun di Klinik DM Medicare Seksyen 24 Shah Alam. Mr F yang kenalkan aku dgn owner klinik ni. Alhamdulillah walaupun aku dah berhenti kerja Mr F masih memberi moral support pada aku. Biz online aku yang pertama pulak aku menjual tudung Nealofa & Instant Shawl. Alhamdulillah mendapat sambutan dan hasil dari jualan ni kami membuat keputusan utk menjual Perfume Dexandra. Mesti ada yang tau kan pasal perfume ni. Tapi di sebabkan ada beberapa masalah dalaman aku dan partner aku breakoff the biz tapi aku masih teruskan dan sekarang ni sedang buat perancangan penambahbaikan. 

 Me with Dexandra Perfume

Tahun ni juga aku di beri peluang tengok Teater live di Istana Budaya Teater Biker Kental lakonan Zizan Razak & Awie, lagi satu teater Mencari Sumaiyah lakonan Erra Fazira & Awie. Kedua-dua cerita ni banyak menekankan pasal persahabatan & kekeluargaan. Cerita yang bagus & byk memberi pengajaran pada penonton, bukan sekadar cerita kosong. Aku memang minat Teater cuma masa, dan keadaan yang tak mengizinkan aku nak tgk, bila dapat peluang ni memang seronok sgt la. 








 Bergambar sakan dgn kwn2. Teater Bikers Kental ni aku tgk pada 29 Jan 2016




Ni je lah gambar yg mampu aku cari utk kenangan Teater Mencari Sumaiyyah. Aku tgk teater ni pada 8 Ogos 2016. 

Selain daripada Teater aku juga berpeluang ke preview filem, kiranya antara orang yg awal la dapat tgk filem-filem ni sebelum ke pawangan. Kebetulan preview filem-filem ni di buat di UITM Shah Alam je so memang dekatla aku nak pergi kan. Preview Filem pertama yang aku tgk cerita Anak Mamy Nasi Kandaq lakonan Fasha Sandra yang di tayangkan pada 1 Syawal.  Filem kedua dan ketiga aku pergi baru2 ni Filem  Soulmate Till Jannah lakonan Taufik Batisah, Reen Rahim, Raja Ilya, Erra Fazira, Douglas Lim, Nad Zainal dan ramai lagi. Filem ni akan di tayangkan pada 16 Februari 2017. Filem ketiga yang aku berpeluang tengok Filem Kanang Anak Langkau The Iban Warrior lakonan Ady Putra, Johan As'ari, Langgi Datuk Kanang. Filem ni akan di tayang kan pada 16 March 2017. Jangan lupa tengok tau u olls bila dua-dua cerita ni dah keluar di pawangan. Jalan cerita yang memang best, bila lagi nak support cerita melayu kan.








Tahun ni juga aku berpeluang menjadi sebahagian dari team program Festival Wanita Muda anjuran Puteri UMNO Malaysia.  Selain dari program Malaysia, aku juga berpeluang menjadi sebahagian dari program ASEAN iaitu menjadi LO (Liosor Officer) untuk program ICAPP (refer to posting sebelum ni) dan menjadi team Media untuk program Asean Pink Dialogue. Alhamdulillah dapatlah tambah pengalaman, pengetahuan dan kawan. 

 Bersama Erry Putra di Festival Wanita Muda

Bersama Liyana Jasmay di Festival Wanita Muda

 Bersama Krew Festival Wanita Muda


 Kenangan ICAPP

Tak sangka di Asean Pink Dialogue muka kita masuk TV
Bersama krew team Asean Pink Dialogue


Selain dapat menjadi team krew dalam program-program Malaysia & Asea aku juga berpeluang menjadi salah seorang team Champion. Team ni adalah antara perintis untuk ahli Puteri. Antara program Champion adalah membuat servey pendapat wanita muda berkenaan kerajaan, politik dan Malaysia. Dari servey ni terbitlah buku 'Cabaran Wanita Muda'. Di program ni juga aku di beri peluang utk berucap dan bertukar mendapat mengenai penambahbaikan & pendapat.

 Bersama team Perintis CHAMPION




 Berpeluang memberi ucapan & pendapat. Terketaq jugalah masa mula2 tu hehehehe

Tak sangka di nobatkan Zon Terbaik - Zon Tengah (Selangor, Wilayah & Perak)

Aku juga berpeluang melawat ke studio IKIM.fm. Radio Islamik tu. Alhamdulillah di beri peluang peningjau sekitar kawasan. Agak besar, cantik & menarik tempatnya. Antara yang aku ingat kata-kata pengarah radio IKIM.fm adalah 'Apapun yang kita buat niatlah untuk di jadikan bekalan di akhirat nanti bukan atas sebab duniawi'. InshaAllah kata2 yang akan aku ingat sampai bila2.



 
Dari keseronokan dan pengalaman yang aku lalui ni ada juga dugaan dan cabaran yang aku lalui sepanjang 2016 ni. Antara yang aku tak boleh lupa bila aku terpaksa menginap di Hospital Shah Alam selama 10 hari seminggu sebelum puasa. Dr cakap aku terlalu stress, tak cukup rehat & jantung aku semakin lemah. Selama 10 hari ni jugak aku terpaksa baring di atas katil, tak boleh bangun sebab aku di masukkan ubat utk kuatkan jantung dan utk naikkan tekanan darah aku. Masa nilah pertama kali aku seriau nak kene inject lagi. Perkara paling menakutkan bila Dr nak inject aku kat leher & nak guna jarum yang panjang. Seumur hidup aku tak prng lak kene sampai macam tu. Masa aku aku rasa masa aku macam tak panjang je, Alhamdulillah masih di beri nafas sehingga ke saat ini. 

Darisegi perhubungan pun aku masih gagal bertemu 'Bakal Imamku', belum masanya lagi. Allah akan temukan pada waktu, saat & calon yang tepat itu yang aku percaya. Kadang2 orang yang kita percaya boleh menjaga kita tidak selamanya akan menjaga kita tapi sekurangnya kita tahu realitinya. Menjadi kawan dia yang terbaik, tapi bila dah kenal hati budi dia menjadi org yang lain. Apapun aku tetap percaya pada 'Miracle Jodoh' 

Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun2 yang lepas. Lepas ni aku nak share pulak Goal Board aku sepanjang 2017. Tunggu ye u olls. 


 The best picture with my cinta hati.


 
Sekian la coretan omelan dari aku Princess Emilia. Arios u olls.

Comments

Popular posts from this blog

Split personality.....

Interview for Master of Forensic Accounting

Amalan berpagi-pagiaan