Bagaimana menjadi agen Islam terbaik??

Assalamualaikum semua readers.....lama rasanya aku tak menulis di blog ni. Kalau nak di ikutkan banyak sgt yang aku nak kongsikan di sini tapi kadang kala masa & keadaan mencemburui.....

Baru2 ni aku baru je menonton sebuah filem Indonesia yang sangat menarik. Filem ni menceritakan perjalanan seorang isteri yang menemani suaminya melanjutkan pelajaran ke Eropah dan terdapat banyak yang di pelajari di Eropah termasuklah bagaimana menjadi agen Islam yang terbaik di mata dunia terutamanya pada orang bukan muslim. Bertemu dengan orang2 yang positif dan baik banyak mengajarnya tentang menjadi agen islam yang terbaik. Melawati tempat2 yang menarik di Eropah cukup membuatkan dia 'JATUH CINTA' pada ISLAM.....

Dari filem ini mengajarkan aku bahawa amarah itu bukan la jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tapi kesabaran & senyuman adalah cara terbaik untuk kita menyelesaikan masalah. Seringkali kita terutamanya aku mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah melalui amarah & dendam tapi itu bukan jalan yang terbaik.

Dari filem ini juga aku dapat belajar terdapat banyak kebangkitan Islam terjadi di Eropah seperti di Paris & Cordoba. Aku harapkan suatu hari nanti aku akan dapat merantau seluruh Eropah untuk melihat indahnya ciptaan Allah ini dan menyelami sejarah kebangkitan Islam di Eropah seperti Hanum dalam filem ini. Selesai dari filem ni baru aku tahu sebenarnya ini kisah benar dari seorang wartawan Islam Indonesia yang menceritakan pengalaman sebenarnya. Aku harap aku dapat menonton filem sehebat ini hasil karya orang Malaysia. Tentang sejarah kebangkitan Islam di dunia. Teringin sekali aku ingin menonton kisah berkenaan Sultan Al-Fateh di filemkan.

Filem ini juga terhasil dari novel 99 Cahaya Langit di Eropah dan aku akan cari novel ni.






Ni link utk baca sinopsis novel ni....

http://www.hanumrais.com/p/sinopsis-99-cahaya.html#.V5HaYxIprNs


Pada mereka yang nak menonton filem ni boleh la click link di bawah ni......

http://www.movietard.com/watch-99-cahaya-di-langit-eropa-part-1-2013-full-movie-online/

Sekian coretan dari aku Princess Emilia yang pendek ni.
         

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Split personality.....

Interview for Master of Forensic Accounting

Amalan berpagi-pagiaan