bergambar jom....tp!!!!

Assalamualaikum & salam cahaya Aidilfitri.....

Hari ini aku nak cerita pasal bergambar pasal makanan dan selfie.....dah lama aku nak buat posting ni tapi masa tak mengizinkan and now br boleh. Aku pasti most of yang baca ni suka berselfie kan.....

Di Malaysia boleh dikatakan 80 peratus remaja menggemari ber“selfie” dan mengambil gambar makanan tanpa mereka sedari.

Kalau korang nak tahu maksud Selfie 'mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain'. Perkataan Selfie ni datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial.

Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular ‘selfie’ boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka. Sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara. Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan.......Teruk jugak kan impak selfie ni,



Ni antara keratan akhbar pasal selfie & yang suka amik gambar makanan

Tak di nafikan aku pun suka gak ambil gambar makanan & b'selfie tapi tak la all the time asyik nak amik gambar makanan dan b'selfie je. Bergantung pada keadaan la. Aku akan amik gambar makanan yang jarang aku makan ataupun makanan yang menarik. Dan kalau b'selfie lak aku akan buat bila aku attend any special function. 

Selain dari masalah yang aku cakap sblm ni.....kerana terlalu obses sgt dgn bergambar kadang2 kita abaikan keadaan sekeliling. Contohnya seperti yang sblm ni aku percaya korang pun pernah dengar pasal orang berselfie atas kubur dan berselfie masa dapur sedang terbakar.....perlu ke???emmm pelik kan. Pasal amik gambar makanan lak selalunya bila makanan sampai kita sibuk nak amik gambar makanan tu then teruja nak makanan smpi kadang2 lupa nak baca doa. Tul x?? 





Nak amik gambar makanan atau pun berselfie tu boleh mengikut arus zaman sbb sekarang pun dah ade jual monopod untuk memudahkan u olls amik gambar sendiri kan tapi berpada-pada la tengak pada keadaan dan tempat, jangan ikut suka hati dan suka rasa takut ia akan memudaratkan & melukakan hati orang lain lak

Apapun aku percaya setiap orang ade reason yang tersendiri untuk berselfir dan amik gambar makanan kan.....tapi beringat &berpada k......

Sampai sini sahaja lah celoteh aku.....see u in next posting. Dari aku Princess Emilia

Comments

Popular posts from this blog

Split personality.....

Interview for Master of Forensic Accounting

Amalan berpagi-pagiaan