Posts

Showing posts from December, 2013

Gambar Photoshoot untuk konvo......yippi dah siap

Image
Assalamualaikum u olls......akhirnya gambar photoshoot yang di tunggu telah pun siap. Bukan photoshoot modeling ok u olls tapi photoshoot konvo aku. 14 Nov 13 aku kene amik jubah konvo aku & rehersal sekali. Aku ingatkan rehearsal yang nak kene naik pentas & tgk tmpt duduk dlm dewan tapi rupanya briefing je psl pakaiaan yang boleh di pakai & all about konvo la kan.......    Dalam dewan rehersal dgn Kak Niza - classmate aku so lepas amik jubah and briefing tu aku and the geng dengan excitednya mencuba jubah yang kami amik sambil menanti photographer yang kitorang hire tu.........and aku pun meninjau tgk pakej gambar studio atas permintaan mak aku yg sama gak excited mcm aku. 3 wanita pingitan terhangat di pasaran heheheheh Tiba2 ade sorang jejaka tersesat lak........:D Lebih kurang dalam kul 2 photographer tu sampai......dia tunggu kitorang kat Menara UiTM, dari federal highway korang dah leh nmpk menara tu. Menara kebanggaan UiTM tu tau u olls. 

Panas Baran........I need help!!!!

Image
Petang semalam aku sempat juga melayar internet menonton cerekarama 'Baran' yang di lakonkan oleh Scha Al-Yahya dan Kamal Adli.....cerita ni berkisahkan tentang seorang isteri yang perfectionist, berpangkat besar dan seorang yang sangat panas baran di sebabkan kisah silamnya. Bila tengok cerita ni mengingatkan aku tentang sikap panas baran aku juga suatu ketika dulu dan kerana sikap panas baran aku itulah menyebabkan aku kehilangan orang yang aku sayang then aku realize no matter the reason is we are not mean together kan so redha je la..... Aku buat some research pasal panas baran ni...... actually panas baran yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati man

Dakwah........apakah cara terbaik??

Image
Aku kembali mencoret tinta Teratak ku ini setelah beberapa hari menyepikan diri. Harini aku nak coret tentang dakwah, apakah cara terbaik untuk kita berdakwat & apakah sebenarnya niat kita untuk berdakwah.  Di zaman serba canggih ni....pelbagai cara kita boleh buat untuk menyebarkan dakwah. Ada yang melalui laman sosial seperti FB, Twitter & Instagram, ada juga melalui gambar2 & kartun2 yang mempunyai pesanan dakwah.  Selain dari laman sosial, kita juga boleh sampaikan dakwah melalui usrah, program-program NGO atau program-program motivasi salah satu kartun lukisan dakwah Walau apa pun cara kita berdakwah hanya satu kita perlu ingat.....Berdakwalah dengan penuh kasih sayang dan cinta kerana dakwah tu tanda cinta kita pada saudara kita, agama kita dan yang paling utama adalah tanda cinta kita pada Allah & RasulNYA. Jika kita lihat bagaimana cara Rasulullah menyampaikan islam dan dakwahnya, seperti itulah seharusnya cara kita. Dakwah tida